Mahkamah Syariah Vs Mahkamah Sivil Berasaskan Peruntukan Perlembagaan Malaysia
NAMA AHLI:
- MUHAMMAD FAHRUR ROSI BIN CHOIRIL ANUAR (02DEE17F2029)
- MUHAMMAD SHAFIZZAT BIN ABD WAHAB (02DEE17F1049)
- MUHAMMAD ADHAMBIN ABDUL HAKAM (02DEE17F1181)
- AHMAD FIKRI BIN AZMAN (02DEE17F1072)
- MOHAMMAD TAUFIQ BIN MOHD NAZRI (02DEE17F2031)
KELAS: DEE1A
NAMA PENSYARAH: PUAN WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH
PRAKATA
Assalamualaikum,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah Pemelihara sekalian alam. Tuhan Yang Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Besar, Maha Perkasa, Maha Mulia dan Maha Sempurna. Kami panjatkan syukur keatas segala rahmat nikmat taufik, hidayat dan segala kurniaan-Mu yang tidak pernah putus sejak zaman azali hinggalah kepada zaman abadi. Kami berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini walaupun terdapat banyak cabaran. Ribuan terima kasih kepada pensyarah, rakan-rakan serta keluarga yang telah membantu sedikit sebanyak tugasan ini.
Ramai di kalangan kita akan wujudnya undang-undang Syariah di negara kita yang pada dasarnya dijalankan prosidingnya oleh Mahkamah Syariah. Namun ramai yang menyangka bahawa undang-undang Syariah itu hanya bersangkutan dengan perkara-perkara Munakahat semata-mata iaitu nikah-kahwin, cerai-rujuk, hak-hak berkaitan selepas penceraian untuk orang-orang Islam dan tidak lebih dari itu.
Undang-undang Syariah ini sesuai dengan fitrah semulajadi kita tidak kira tempat dan masa. Tujuannya diperturunkan dan disyariatkan tidak lain adalah untuk kita manusia beriman dan beramal dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT lagi:
“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan juga bagi perempuan yang mukminah apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada pula pilihan yang lain dari mereka”
Justeru itu, undang-undang Syariah ini jelas meliputi seluruh kehidupan kita manusia iaitu dalam bidang Ibadah, Muamalat (urusan perniagaan), Munakahat (urusan perkahwinan), Wasiat dan Perwarisan, Jenayah, Pemerintahan, Perhubungan manusia dan lain-lain lagi. Allah S.w.t menetapkan undang-undang ini untuk menjaga Maqasid Al-Syariah (maksud-maksud Syariah) itu sendiri iaitu lima perkara yang sangat penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan umat manusia seperti:
- Menjaga Agama
- Menjaga Nyawa
- Menjaga Akal
- Menjaga Keturunan
- Menjaga Harta
Namun dari segi perlaksanaan, kita di Malaysia adalah tertakluk dan menerimapakai Undang-undang Perlembagaan Malaysia yang menjadi teras dan dasar perundangan utama. Tidak dapat dinafikan bahawa undang-undang Syariah di Malaysia hanya terbatas setakat beberapa perkara terutamanya hal-hal Munakahat orang-orang Islam dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya. Itupun setelah diberikan sedikit ruang dengan adanya pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Malaysia dengan menambah Fasal (1A) Perkara 121 tersebut pada tahun 1988. Sebelum 1988, semua perkara berkaitan adalah boleh juga dibicarakan di bawah bidang kuasa Undang-undang Sivil dan selalunya memberikan satu keputusan yang bercanggah kerana penghakiman tersebut dibuat berdasarkan undang-undang sivil. Perkara 121 (1A) antara lain menyebut: “Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal 1 {Perkara 121 (1) iaitu Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Sabah dan Sarawak} tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah”
“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan juga bagi perempuan yang mukminah apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada pula pilihan yang lain dari mereka”
Justeru itu, undang-undang Syariah ini jelas meliputi seluruh kehidupan kita manusia iaitu dalam bidang Ibadah, Muamalat (urusan perniagaan), Munakahat (urusan perkahwinan), Wasiat dan Perwarisan, Jenayah, Pemerintahan, Perhubungan manusia dan lain-lain lagi. Allah S.w.t menetapkan undang-undang ini untuk menjaga Maqasid Al-Syariah (maksud-maksud Syariah) itu sendiri iaitu lima (5) perkara yang sangat penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan umat manusia seperti 1) Menjaga Agama
2) Menjaga Nyawa 3) Menjaga Akal 4) Menjaga Keturunan 5) Menjaga Harta
“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan juga bagi perempuan yang mukminah apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada pula pilihan yang lain dari mereka”
Justeru itu, undang-undang Syariah ini jelas meliputi seluruh kehidupan kita manusia iaitu dalam bidang Ibadah, Muamalat (urusan perniagaan), Munakahat (urusan perkahwinan), Wasiat dan Perwarisan, Jenayah, Pemerintahan, Perhubungan manusia dan lain-lain lagi. Allah S.w.t menetapkan undang-undang ini untuk menjaga Maqasid Al-Syariah (maksud-maksud Syariah) itu sendiri iaitu lima (5) perkara yang sangat penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan umat manusia seperti 1) Menjaga Agama
2) Menjaga Nyawa 3) Menjaga Akal 4) Menjaga Keturunan 5) Menjaga Harta
Namun dari segi perlaksanaan, kita di Malaysia adalah tertakluk dan menerimapakai Undang-undang Perlembagaan Malaysia yang menjadi teras dan dasar perundangan utama. Tidak dapat dinafikan bahawa undang-undang Syariah di Malaysia hanya terbatas setakat beberapa perkara terutamanya hal-hal Munakahat orang-orang Islam dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya. Itupun setelah diberikan sedikit ruang dengan adanya pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Malaysia dengan menambah Fasal (1A) Perkara 121 tersebut pada tahun 1988. Sebelum 1988, semua perkara berkaitan adalah boleh juga dibicarakan di bawah bidang kuasa Undang-undang Sivil dan selalunya memberikan satu keputusan yang bercanggah kerana penghakiman tersebut dibuat berdasarkan undang-undang sivil. Perkara 121 (1A) antara lain menyebut: “Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal 1 {Perkara 121 (1) iaitu Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Sabah dan Sarawak} tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah”
MAHKAMAH SYARIAH VS MAHKAMAH SIVIL BERASASKAN PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KES INDIRA GHANDI
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menegaskan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa "Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang Kuasa Mahkamah Syariah", yang memberi maksud keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh disentuh atau digugat oleh Mahkamah Sivil.
Presidennya, Musa Awang berkata keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Lee Swee Seng yang membatalkan pengislaman tiga anak M Indira Gandhi dan Muhammad Ridzuan Abdullah tidak memberi kesan kepada hak penjagaan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariiah Ipoh pada April 2009 yang memberi hak penjagaan tiga beradik itu kepada Muhd Ridzuan.
Katanya, keputusan permohonan semakan kehakiman yang dikemukan Indira hanya menyentuh aspek prosedur yang mungkin tidak dipatuhi, tetapi tidak bermaksud pengislaman kanak-kanak itu tidak sah dari segi undang-undang dan hukum Syarak.
"Semakan kehakiman adalah daripada segi prosedur. Keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi belum muktamad kerana perkara ini masih terbuka kepada rayuan dan keputusan mahkamah yang lebih tinggi.".
"Saya bersetuju satu rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh itu. Ini kerana dalam penghakiman itu terdapat suatu isu baru yang perlu diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi.".
"Permohonan yang difailkan Indira ialah permohonan semakan kehakiman terhadap prosedur kemasukan Islam di jabatan agama Islam, sama ada mematuhi kehendak undang-undang atau tidak," katanya dalam satu kenyataan khas kepada The Malaysian Insider.
Musa berkata, isu baru yang perlu diputuskan mahkamah lebih tinggi ialah sama ada pengislaman tiga anak berkenaan mengikut perlembagaan dan hak asasi kerana tidak dilakukan di hadapan ibu dan anak-anak.
Minggu lalu, bekas suami Indira, Muhammad Ridzuan berkata, beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan pengislaman ketiga-tiga anaknya.
Peguam kepada Muhammad Ridzuan, Hatim Musa mengesahkan menerima arahan itu daripada anak guamnya yang tidak hadir ke mahkamah ketika hakim memberikan keputusan.
Swee Seng dalam penghakimannya selama 1 jam 40 minit menetapkan perakuan memeluk Islam ke atas ketiga-tiga anak Indira Gandhi iaitu Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15, dan Prasana Diksa, 5, sebagai terbatal dan tidak sah.
Beliau berkata, pengislaman itu turut tidak mengikut Perlembagaan kerana bertentangan dengan keadilan asasi ekoran pendaftaran itu tidak dilakukan di hadapan Indira dan anak-anaknya.
Swee Seng berkata, di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 menghendaki anak-anak Indira hadir untuk mengucapkan dua kalimah syahadah sewaktu pendaftaran pengislaman itu dilakukan. Indira, seorang guru tadika, berkahwin dengan K Patmanathan kini 20 tahun dahulu mengikut ritual Hindu.
Enam tahun selepas perkahwinan, pada 11 Mac, 2009, suaminya memeluk Islam dan menukar nama kepada Muhammad Ridzuan.
Sebulan selepas itu, beliau menukar agama ketiga anak-anaknya di Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam, Ipoh, Perak.
Penukaran agama itu tanpa pegetahuan Indira.
Pada bulan sama, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak kepadanya. Mereka akhirnya bercerai dan suaminya mengambil anak bongsu yang berumur setahun bersamanya. Indira kemudiannya ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anak kepada ayah dan pada Julai 2010, beliau menang kes walaupun terdapat bantahan keras Peguam Negara.
Walaupun menang, suaminya tidak memulangkan anak perempuan bongsu mereka.- 2 Ogos, 2013.
MAHKAMAH SYARIAH TERBAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN:
1. PERKARA-PERKARA MAL (SIVIL) MAHKAMAH SYARIAH
a) Pertunangan, nikah cerai, membatalkan nikah atau perceraian atau pembubaran nikah kehakiman.
b) Tuntutan ke atas hartabenda atau pemberian harta benda yang berbangkit daripada perkara (a) di atas.
c) Nafkah orang-orang di bawah tanggungan, anak yang sah, penjagaan atau pemeliharaan anak-anak.
d) Pemberian inter-vivos, harta sepencarian, wakaf atau nazare) Perkara lain yang diberi kuasa tadbir kepadanya oleh mana-mana undang-undang yang berkanun.
b) Tuntutan ke atas hartabenda atau pemberian harta benda yang berbangkit daripada perkara (a) di atas.
c) Nafkah orang-orang di bawah tanggungan, anak yang sah, penjagaan atau pemeliharaan anak-anak.
d) Pemberian inter-vivos, harta sepencarian, wakaf atau nazare) Perkara lain yang diberi kuasa tadbir kepadanya oleh mana-mana undang-undang yang berkanun.
2. PERKARA-PERKARA JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH
a) Kesalahan-kesalahan matrimoni seperti menganiaya isteri dan tidak taat kepada suami.
b) Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan hubungan tidah sah di sisi syarak seperti persetubuhan haram, sumbang mahram pelacuran dan khalwat
c) Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan aspek ibadah dan iman seperti tidak sembahyang Jumaat, tidak berpuasa dan tidak membayar zakat dan fitrah
d) Kesalahan-kesalahan menjual dan membeli minuman keras
e) Kesalahan berhubung dengan pertukaran agama iaitu tidak melaporkan, mendaftar masuk atau keluar dari agama Islam dan kesalahan berkaitan pengambilan anak angkat.
f) Lain-lain jenis kesalahan selain daripada kategori di atas.
BAHAGIAN-BAHAGIAN DI BAWAH MAHKAMAH SIVIL:
1. Bahagian Pendakwaan
- Menjalankan kuasa Peguam Negara selaku Pendakwa Raya menurut seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah.
- Mengendalikan pendakwaan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.
- Mengendalikan perbicaraan, rayuan, permohonan dan semakan jenayah di Mahkamah Tinggi.
- Mengendalikan rayuan jenayah dan permohonan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
- Memberikan arahan dan nasihat kepada agensi penguatkuasaan undang-undang berhubung dengan penyiasatan dan pendakwaan jenayah.
- Mengkaji kertas siasatan bagi memutuskan sama ada sesuatu pertuduhan perlu dilakukan atau sebaliknya.
2. Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa
- Memberi nasihat undang-undang kepada Kerajaan Malaysia dan agensi-agensinya mengenai segala aspek yang berhubungan dengan undang-undang antarabangsa dan obligasi antarabangsa Malaysia yang sedia ada.
- Mewakili Jabatan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia di fora antarabangsa dengan tujuan untuk melindungi kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa.
- Melaksanakan penyelarasan undang-undang domestik Malaysia berdasarkan obligasi sedia ada Malaysia di bawah undang-undang antarabangsa.
- Memberi nasihat undang-undang kepada Kementerian-Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan mengenai pelaksanaan pelbagai surat cara antarabangsa yang Malaysia adalah pihak.
- Membantu dalam penggubalan undang-undang yang berkaitan bagi pelbagai surat cara undang-undang yang berkenaan dengan obligasi Malaysia di bawah triti-triti antarabangsa.
- Menjalankan penyelidikan yang berkaitan tentang perkara-perkara yang berkenaan dengan undang-undang antarabangsa.
3. Bahagian Guaman
Peguam Kanan Persekutuan/Peguam Persekutuan dari Bahagian Guaman melaksanakan peranan dan tugas seperti berikut:
- Mewakili Kerajaan Malaysia dalam semua tindakan sivil.
- Mewakili Peguam Negara dalam perkara-perkara mengenai kepentingan awam.
- Memproses permohonan perlantikan sebagai notari awam menurut Akta Notari Awam 1959 (Revised 1973).
- Mewakili Peguam Negara dalam petisyen kemasukan sebagai peguambela dan peguamcara menurut Akta Profesion Undang-Undang 1976.
- Memproses permohonan untuk Sijil Kemasukan Khas dan Sijil Pembaharuan di bawah Bahagian IIA Akta Profesion Undang-Undang 1976.
- Mewakili Peguam Negara dalam kes-kes berkaitan orang awam, agama, sosial atau amanah kebajikan.
4. Bahagian Penasihat
Seksyen Munisipal
- Memberi nasihat undang-undang mengenai semua bidang undang-undang kecuali undang-undang antarabangsa dan undang-undang Islam, berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan.
- Membantu mentafsir undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan.
- Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang dalamnya Kerajaan merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi.
- Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan.
- Memberi nasihat mengenai perkara yang baginya Kerajaan berhasrat untuk mengawal selia dan menyediakan draf rang undang-undang mengenai perkara tersebut (jika ada) untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan dan mengemukakan draf rang undang-undang kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen untuk mendapatkan kelulusannya.
- Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan terutamanya projek penswastaan dan ICT.
- Menghadiri mesyuarat atas jemputan agensi Kerajaan, dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah menurut undang-undang.
- Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai perkara undang-undang dengan memberikan kepakaran undang-undang, kepada kedua-dua pihak iaitu Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan.
- Menghadiri Parlimen apabila ia bersidang untuk memberi apa-apa bantuan yang bersifat undang-undang apabila dikehendaki kepada Menteri.
- Memberi nasihat undang-undang dari perspektif undang-undang Islam berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan.
- Memberi ulasan dari perspektif undang-undang Islam kepada dokumen undang-undang seperti konvensyen, perjanjian muamalat dan perundangan yang dicadangkan yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan.
- Menjalankan kajian terhadap undang-undang Persekutuan untuk menentukan sama ada implementasi undang-undang tersebut adalah bertentangan dengan undang-undang Islam dan, jika perlu, mencadangkan apa-apa pindaan atau pembaharuan kepada undang-undang tersebut untuk menyelaraskannya dengan undang-undang Islam.
- Memberi bantuan dalam penyelidikan undang-undang mengenai undang-undang Islam kepada Bahagian Sivil dan Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (termasuk Pendakwa Syarie di Negeri-Negeri).
- Menghadiri mesyuarat atas jemputan agensi Kerajaan dan memberi nasihat undang-undang dari perspektif undang-undang Islam.
- Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai undang-undang Islam dengan memberikan kepakaran undang-undang kepada kedua-dua pihak, iaitu Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan.
- Memberi nasihat undang-undang dan membuat penyelidikan berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan perbankan dan kewangan Islam.
5. Bahagian Gubalan
- Menggubal dan menyemak perundangan utama dan perundangan subsidiari Rang Undang-Undang dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.
- Memberikan pendapat tentang penggubalan perundangan utama dan perundangan subsidiari.
- Menyediakan Rang Undang-Undang dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris untuk dibentangkan di Parlimen.
- Membantu Kementerian dan Agensi Kerajaan lain untuk membentangkan Rang Undang-Undang di Parlimen.
- Menyediakan naskah tandatangan untuk perkenan Yang Di-Pertuan Agong dan ringkasan untuk naskah tandatangan.
- Menyediakan perundangan utama dan perundangan subsidiari untuk disiarkan dalam Warta Kerajaan.
- Menterjemah kontrak, perjanjian domestik dan antarabangsa, borang dan dokumen undang-undang yang lain daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa kebangsaan dan sebaliknya.
6. Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-undang
- Mencetak semula semua undang-undang di dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris;
- Menerbitkan teks undang-undang yang telah disemak;
- Memperluaskan undang-undang yang terpakai di Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah Persekutuan;
- Menterjemah undang-undang pra-1967 ke bahasa kebangsaan;
- Mengkaji semula undang-undang lapuk dan usang; dan
- memodenkan undang-undang supaya sejajar dengan perubahan kehendak masyarakat.
7. Bahagian Perbicaraan dan Rayuan
- Menjalankan perbicaraan dan rayuan bagi semua kes kepentingan awam, berprofil tinggi, kompleks dan sensitif dan semua perkara lain yang ditugaskan oleh Ketua Jabatan.
- Memberikan nasihat undang-undang kepada agensi penguatkuasa undang-undang mengenai semua aspek untuk memastikan persediaan kes untuk perbicaraan dan rayuan adalah mencukupi.
8. Bahagian Penyelidikan
- Untuk menyediakan perkhidmatan penyelidikan bagi Jabatan Peguam Negara (JPN) dan Kerajaan Malaysia dengan mengambil kira undang-undang domestik dan antarabangsa serta dasar-dasar Kerajaan Malaysia.
- Untuk menyediakan pandangan undang-undang kepada permasalahan berhubung dengan Perlembagaan Persekutuan den Perlembagaan Negeri-negeri.
- Untuk memberi pandangan undang-undang berhubung dengan perjalanan pilihanraya.
- Untuk menyelaras dan menyediakan ulasan JPN terhadap Kertas Lembaga Pengampunan bagi Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi kawasan-kawasan Wilayah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan Negeri-Negeri yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri masing-masing.
- Untuk membentuk pangkalan data bahan undang-undang, contohnya pendapat undang-undang Perlembagaan yang disediakan oleh JPN.
- Untuk mengurus pengetahuan undang-undang.
9. Bahagian Pengurusan
- Memberi perkhidmatan sokongan kepada Bahagian-Bahagian lain dalam semua perkara berkaitan dengan Pentadbiran, Perkhidmatan, Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia, Sumber Maklumat Dan Teknologi Maklumat
- Bertindak selaku urusetia bagi urusan skim Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun, Jawatankuasa Tadbir Urus, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan, Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan, Jawatankuasa Penyemakan Dan Pemantauan Perbelanjaan Peruntukan, Jawatankuasa Latihan, Search Committee, Majlis Bersama Jabatan, Jawatankuasa Pemandu ICT, Jawatankuasa Pengurusan Laman Web, Panel Pembangunan Sumber Manusia, Lembaga Tatatertib, Lembaga Kenaikan Pangkat dan lain-lain Jawatankuasa Peringkat Jabatan.
JENIS-JENIS HUKUMAN SEBAT YANG MEMBEZAKAN MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH SIVIL
CONTOH SEBATAN SIVIL :
CONTOH: SEBATAN SYARIAH
KEDUDUKAN MAHKAMAH SYARIAH
- Mahkamah Syariah negeri ditubuhkan mengikut Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam negeri
- Mahkamah Syariah hanya membicarakan kes sivil dan kes jenayah bagi orang-orang Islam
Bidang Kuasa Sivil Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes sivil yang berikut:
- pertunangan
- martrimoni (perkahwinan, perceraian, nafkah)
- hak terhadap anak
- wakaf dan warisan harta pusaka
Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes jenayah yang berikut:
- kesalahan matrimoni (berkahwin lebih daripada empat orang isteri)
- tidak membayar fitrah dan zakat (baitulmal)
- kesalahan mengambil anak angkat
- persetubuhan haram/berzina
- tidak berpuasa
- berjudi
- jualan minuman keras
- menyebarkan agama
- berkhalwat
- menyertai pertandingan ratu cantik/memakai pakaian yang menjolok mata
a) Mahkamah Rayuan Syariah
- Ketua Hakim Syariah
- anggota panel terdiri daripada hakim Mahkamah Awam dan hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri-negeri yang lain
b) Mahkamah Tinggi Syariah
- Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
- Pegawai Pemeriksa Hal-ehwal Agama
- Pendakwa Agama
c) Mahkamah Rendah Syariah
- Hakim Mahkamah Rendah Syariah
- Pegawai Pemeriksa Hal-ehwal Agama
- Pendakwa Agama
Bidang Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah
a) Mahkamah Tinggi Syariah boleh menggunakan hukuman yang berikut:
1. Kes Jenayah
- penjara tidak melebihi tiga tahun
- denda tidak melebihi RM 5 000
- rotan tidak melebihi enam sebatan
- kombinasi mana-mana hukuman di atas
- pertikaian melebihi RM 50 000
1.Kes Jenayah
- penjara tidak melebihi enam bulan
- denda tidak melebihi RM 1 000
2. Kes Sivil
- pertikaian tidak melebihi RM 50 000
KESIMPULAN
Perbincangan memperlihatkan tidak ada percanggahan dan konflik di antara bidang sivil dan syariah. Bidang sivil mempunyai hak dan kuasa secara luas, manakala mahkamah syariah mempunyai hak dan bidangnya yang tersendiri yang tidak boleh dicampur tangan oleh pihak sivil.
Persoalan yang berhubung dengan bidang perundangan Islam hendaklah diurus di bawah bidang syariah.. Orang bukan Islam tidak dipaksa ke mahkamah syariah, mereka boleh memberi kerjasama membantu melicinkan perjalanan mahkamah syariah seperti memberi keterangan dan sebagainya.
Sebaliknya orang bukan Islam tidak boleh membawa persoalan yang berhubung dengan mahkamah syariah ke mahkamah sivil. Adalah tuduhan yang melulu dan tidak berasas jika dikatakan mahkamah syariah memberi keadilan kepada penganut Islam semata-mata..
Sesungguhnya memahami adalah lebih baik dari memusuhi. Pepatah ada mengatakan, 'Manusia itu Memusuhi apa yang tidak diketahui'.
Persoalan yang berhubung dengan bidang perundangan Islam hendaklah diurus di bawah bidang syariah.. Orang bukan Islam tidak dipaksa ke mahkamah syariah, mereka boleh memberi kerjasama membantu melicinkan perjalanan mahkamah syariah seperti memberi keterangan dan sebagainya.
Sebaliknya orang bukan Islam tidak boleh membawa persoalan yang berhubung dengan mahkamah syariah ke mahkamah sivil. Adalah tuduhan yang melulu dan tidak berasas jika dikatakan mahkamah syariah memberi keadilan kepada penganut Islam semata-mata..
Sesungguhnya memahami adalah lebih baik dari memusuhi. Pepatah ada mengatakan, 'Manusia itu Memusuhi apa yang tidak diketahui'.
LAMPIRAN
RUJUKAN
- http://drshafie.blogspot.com
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Syariah_di_Malaysia
- http://roy-nadzri.blogspot.com/2010/11/mengenali-mahkamah-syariah-dan-undang.html
Comments
Post a Comment